Anti-Bribery

Image

POLISI ANTI RASUAH

SRT Security Services Sdn. Bhd. menerapkan Persekitaran Perniagaan Bebas Rasuah dan komited dalam melaksanakan peraturan serta larangan terhadap sebarang aktiviti berbentuk rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, tingkah laku tidak berintegriti dan tidak beretika dalam setiap operasi perniagaan. Setiap kakitangan SRT bertanggungjawab menjaga reputasi syarikat dan menjalankan perniagaan secara jujur dan professional.

Polisi Anti-Rasuah ini menetapkan parameter dalam membentuk hala tuju yang jelas di kalangan kakitangan (staf dan anggota beruniform) syarikat untuk bersama-sama dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Polisi ini juga sebagai tanda komitmen pihak pengurusan dan kakitangan SRT dalam menyokong hasrat kerajaan untuk membanteras pelanggaran integriti khususnya yang melibatkan rasuah seperti;

  1. Mematuhi Peruntukan Liabiliti Korporat berkuatkuasa pada 1 Jun 2020 di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 dan lain-lain akta serta peraturan yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa.
  2. Tidak melakukan perbuatan sama ada menawar, memberi, meminta atau menerima apa-apa seperti Wang, hadiah, perkhidmatan, upah dan sebagainya sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan bidang tugas individu tersebut.
  3. Memantapkan kecekapan tadbir urus dan perkhidmatan yang terbaik, telus dan amanah.
  4. 4) Menyediakan saluran pelaporan menggunakan aplikasi melalui platform Whistleblowing dalam website SRT yang akan disalurkan ke emel integriti@srtsecurity.com.
  5. Setiap kakitangan SRT mempunyai kewajipan untuk membaca dan memahami polisi ini. Ketidakpatuhan dan pelanggaran Polisi oleh kakitangan boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil oleh pihak syarikat.

Head Quarters:

WISMA RAHMAT
No. 52 & 54, Jalan SS6/14, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

© 2024, SRT Security.

Search